5 Sebab Mengapa Saya Mula Menulis

Jumaat, November 18, 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada entri ini, saya ingin mengambil sedikit masa untuk menulis, merekod dan berkongsi "5 sebab mengapa saya mula menulis".


1. WARISAN PUSAKA

Mungkin boleh dijadikan bahan bacaan atau rujukan kepada anak cucu saya nanti. Mungkin saya boleh bercerita sendiri kepada mereka, tetapi adalah lebih baik jika mereka dapat membaca dan merasa sendiri apa yang telah datuk mereka lalui semasa muda remaja.

Apa yang telah saya rekod dan lalui boleh dikatakan akan menjadi bahan sejarah kepada mereka kelak. Pada masa itu mungkin zaman telah berubah dan telah menjadi semakin maju berbanding zaman saya sekarang.

2. SEJARAH HIDUP (MEMORY)

Di dalam blog ini juga saya akan menulis tentang diri saya, apa yang saya makan, ke mana saya pergi, apa yang saya kecapi dan lain-lain lagi. Semua itu akan menjadi sejarah atau memory yang begitu berharga kepada saya.

Dalam pada masa yang sama, saya termasuk anda akan mula membaca apa yang telah saya tulis dan kongsikan.

3. MENJADI RUJUKAN KEPADA ORANG LAIN

Segala entri dan apa yang juga yang saya tulis dan kongsikan akan menjadi rujukan kepada anda dan juga orang lain. Lihat, saya dapat membantu orang lain bukan (dapat pahala tau).


Adalah baik apabila kita mempunyai pengalaman atau ilmu dan kita kongsikan dengan orang lain. 

4. MOTIVASI KEPADA DIRI SENDIRI

Dengan adanya blog ini, secara automatiknya saya telah mempunyai hobi untuk menulis (saya tidak arif dalam bidang penulisan, membaca saya suka lah). Dalam diam tanpa saya sedar, mungkin gaya penulisan saya menjadi semakin baik sedikit demi sedikit.

Blog ini juga membuatkan saya untuk explore dan terus expose apa yang baru bagi saya dan mungkin juga buat anda. Dalam pada masa yang sama, pengalaman dan ilmu saya semakin bertambah.

Blog ini juga memotivasikan diri saya untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.

5. MENAMBAH ILMU DAN PENGALAMAN

Bermula dari mendaftar untuk blog, setting, sehinggalah proses design, saya automatiknya menjadi web designer (banyak try and error) untuk blog saya ini yang sememangnya bukan kepakaran saya sebelum ini.

Saya juga menjadi semakin banyak membaca untuk meningkatkan kepakaran saya dalam bidang penulisan ini (membaca memang hobi saya).



ANGAN-ANGAN . IMPIAN . CITA-CITA





You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut