RAMAI YANG TIDAK SEDAR CAS SMARTPHONE DENGAN CARA YANG SALAH

Khamis, Januari 18, 2018


RAMAI YANG TIDAK SEDAR CAS SMARTPHONE DENGAN CARA YANG SALAH

Jika korang mengecas smartphone korang dengan cara yang salah, kemungkinan besar bateri smartphone korang tidak akan betahan lama. Kalau terjadi  pada bateri fon korang, jangan terus menyalahkan kabel charger ataupun bateri itu sendiri. Korang tak sedar, semuanya dari kecuaian korang sendiri.

Kebiasaannya bateri smartphone boleh betahan selama 2 hingga 3 tahun jika tidak melakukan beberapa kesalahan kecil yang mungkin korang tak perasan. Semakin kerap korang mengecas semakin singkat jangka hayat bateri smartphone korang.

Di sini saya senaraikan beberapa tips mengecas smartphone korang dengan cara yang betul :

1. Gunakan charger yang original.



Charger yang original telah direka dengan aliran arus yang sangat sesuai untuk mengecas bateri smartphone korang. Menggunakan charger orang lain atau charger murah yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran arus ke dalam bateri. Dalam jangka masa panjang boleh merosakkannya.

Harga charger original agak mahal berbanding dengan chager-charger murah yang berlambak di pasaran. Bukan korang je kurang berkemampuan, saya pun kurang mampu. Kesimpulannya, gunakan charger original yang korang dapat masa baru beli smartphone korang tu sebaik-baiknya.


2. Elakkan cas smartphone di dalam kereta.


Cas smartphone di dalam kereta, kebiasaannya menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Ada pula dengan sesetengah kereta-kereta model baru, usb port memang ada disediakan. Tapi tetap sama kerana sumbernya dari kereta juga.

Voltage pada kereta kita tidak stabil, terutama ketika kereta kita sedang bergerak dan dalam masa yang sama menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Oleh itu, apabila anda selalu mengecas dalam kereta, kebarangkalian untuk bateri anda cepat rosak adalah tinggi.


3. Jangan gunakan smartphone korang masa cas.



Kebanyakan punca bateri smartphone cepat rosak adalah sebab korang main smartphone korang semasa cas. Ini adalah salah satu tabiat buruk sesetengah pengguna smartphone.

Untuk elakkan tejadi seperti perkara di atas, saya tidak galakkan korang main game, membuat panggilan, dengar lagu, youtube dan lain-lain lagi. Biarkan bateri korang penuh dulu baru guna smartphone korang.

Kalau meletup macam banyak berita-berita yang viral, main game sambil mengecas. Apa pun tak boleh nanti.

Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menggunakan smartphone sambil mengecas juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, sedar tak sedar bateri tak penuh-penuh.


4. Jangan cas smartphone korang semalaman.




Kadang kita lupa atau malas untuk menghentikan proses mengecas dengan segera walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh.

Overcharged ni salah satu penyebab bateri smartphone korang kembong macam nak meletup.

Biasanya proses mengecas bateri sehingga penuh mengambil masa 2 hingga 4 jam. Andaikata kita tidur selama 6-8 jam, maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2–4 jam. Tabiat ini akan perlahan-lahan memendekkan jangka hayat bateri smartphone korang.


Saya hanya senaraikan beberapa tips sahaja. Ada banyak lagi sebab dan puncanya. Seelok-eloknya beringat dan bejaga-jaga lah sebelum korang kena tukar bateri smartphone korang setiap tahun atau lebih kerap lagi. Tapi kalau dah sampai masa beteri korang nak rosak tak boleh nak cakap apa jugak ye tak, "setiap yang hidup pasti akan mati" macam tu jugak la bateri smartphone korang.


Sekadar berkongsi.



Angan-Angan . Impian. Cita-Cita








You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut