Swiss Garden Resort Residences Kuantan | Pecutian Seisi Keluarga

Isnin, Januari 15, 2018


Swiss Garden Resort Residences Kuantan | Pecutian Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ni saya nak share serba sedikit pasal becuti besama keluarga ke Kuantan yang lepas. Seperti biasanya, saya, keluarga dan adik-beradik akan keluar becuti tak kisah ke mana sahaja asalkan dapat menghabiskan masa besama setelah setahun penat bekerja. Inilah masa yang digunakan untuk lari dan berehat dari "dunia kerja".

Tahun lepas, saya dan isteri tak dapat join mereka atas kekangan masa, kerja dan $$$ hahaha.

Okay untuk percutian kali ni, segala perancangan dibuat sepenuhnya oleh "angah" adik saya. Kuantan dipilih sebab Kuantan adalah rumah mertua saya. "So dalam masa becuti tu boleh nanti singgah ke rumah keluarga mertua saya". Tapi yang sedihnya keluarga mertua saya masih lagi di kampung ganu dan kelate. 

Kami booking menggunakan booking.com . Memang lebih murah jika menggunakan laman web lain seperti Trivago dan Agoda. Booking.com adalah sesuai kepada kami kerana kami kerana kami taknak keluarkan duit pendahuluan atau bayaran penuh sebelum tiba ke sana. Dengan cuaca tidak menentu, risau perancangan terbantut. Booking.com ada menyediakan perkhidmatan "no prepayment needed, pay at the hotel". 

Saya dan keluarga menginap di Swiss Garden Resort Residence Kuantan pada 29-31 Disember yang lepas. Harga yang ditunjukkan di booking.com untuk satu apartment 2 bilik adalah RM 455 (belum termasuk 6% GST dan 10% caj perkhidmatan).


Muka penat selepas 6 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan dengan hujan di sesetengah kawasan. Biasanya kalau saya balik rumah mertua di Kuantan mengambil masa 4-5 jam sahaja. Kalau dah konvoi ni biasalah banyak berhenti untuk solat, tandas dan makan. Bab makan tu yang paling banyak kali behenti tu, hahaha.





Agak ramai juga masa kami mula-mula sampai ke sana (tapi lupa snap gambar sebab busy dan tak sabar nak check in). Kebetulan juga tarikh tu Que Haidar pun ada kat sini becuti besama keluarganya.
Dan lagi satu, waktu kami ke sana cuaca tidak mengizinkan untuk ke pantai, hujan dan laut ombak besar almaklumlah masih musim tengkujuh.





Jika dilihat dari susunan ruang tamu, meja makan dan mini dapur memang Swiss Garden Resort Residence Kuantan ni sesuai untuk pecutian besama keluarga. Seperti biasa ada TV dan yang bestnya ada peti ais dan microwave.




Untuk pilihan set family suite, korang boleh buat pilihan samada nak katil saiz king or queen. Masa kami sampai, takde rezeki nak dapatkan katil saiz king. Queen pun okay lah kot yang penting ada katil, kan?

Ni adalah Master Bedroom yang dilengkapi almari pakaian, iron berserta iron board, meja solek, peti besi, bilik mandi dan tandas.


Ni pulak view dari Master Bedroom. Baru je sampai, anak-anak buah saya dah melompat-lompat dah tak sabar nk turun mandi kolam.


Second bedroom pun apa kurangnya cantik jugak tapi biasalah kecik sikit la dari Master bedroom. Apa yang menariknya bagi saya adalah gambar-gambar yang dilekatkan di dinding. Serious cantik. Sama juga seperti yang disediakan di Master Bedroom, bilik kedua ni dilengkapi almari pakaian dan juga meja make up. Tandas sahaja yang tiada dalam bilik kedua ni. So kena guna tandas yang diluar di mana aparment ni ada bilik mandi/tandas.




Bilik air/tandas juga agak selesa dan seperti biasa disediakan sabun, set berus gigi, cotton bud, sanitary bag dan shower cap. Saya biasanya tak guna pun set yang disediakan ni sebab saya memang bawa sendiri dari rumah. So, set yang disediakan ni ambil semua kutip bawa balik buat koleksi, hahaha.




Di bahagian beranda pula ditambah lagi ciri-ciri keselamatan agar mesra anak-anak kecil. Dilihat dari keselamatan yang disediakan, semestinya Swiss Garden Resort Residence Kuantan ni sesuai untuk percutian keluarga.

Kalau dilihat dari sini, di belakang bangunan yang kat depan tu adalah kawasan pantai yang terhubung terus dari residence ni.


Sama juga seperti hotel-hotel dan resort-resort yang lain, Swiss Garden Resort Residences Kuantan ada menyediakan water heater, air mineral, cawan, teh, kopi, gula dan krimer.


Pemandangan kolam dan kawasan rekreasi keluarga dilihat dari atas. Kalau macam ni, saya pun tak sabar-sabar nak turun mandi.

Kawasan kolam dibahagi kepada dua iaitu bahagian dewasa dan kanak-kanak dan disetiap bahagian tu disediakan gelongsor air.

Untuk peringatan dan pengetahuan bersama, hanya pakaian renang yang sesuai yang dibenarkan oleh pihak Swiss Garden  Resort Residences Kuantan. Kalau tak ada atau terlupa bawa, boleh la kalau nak beli baru, atau nak sewa kerana ada disediakan pekhidmatan sewa baju dan alatan renang juga atau anda boleh lupakan niat anda untuk mandi.

Kolam untuk orang dewasa.

Kolam dan gelongsor untuk kanak-kanak.

Kawasan kolam kanak-kanak.

Gelongsor untuk orang dewasa.

Keseluruhannya memang sesuai untuk seisi keluarga.



Secara ringkas, dapat saya simpulkan dari pecutian saya dan keluarga ke Swiss Garden Resort Residences Kuantan yang lalu :


  1. Service dan hospitality excellent saya bagi 4/5.
  2. Kebersihan - sangat memuaskan dan diharap dapat dikekalkan.
  3. Rekreasi - sangat sesuai untuk pecutian keluarga.
  4. Kawasan - tenang, jauh kesibukan dan hiruk pikuk kota.
  5. Makan dan minum - banyak kedai makan dan restoran tomyam & seafood di sekitar dan kawasan bedekatan.

Kesimpulannya, saya dan keluarga amat berpuas hati dan begembira sepanjang percutian kami ke Swiss Garden Resort Residence Kuantan.



Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Swiss Garden :


SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES KUANTAN

Jalan Kuantan-Kemaman,
Mukim Sungai Karang,
26100, Kuantan,
Pahang.

Tel : +609 5182 888 / +603 9087 2633
Fax : +609 5182 999
Email : reservation@srsk.swissgarden.com



Angan-Angan . Impian . Cita-Cita



You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut