Melawat Zoo Johor Buat Kali Pertama

Rabu, Februari 15, 2017


Zoo Johor | faisxmail
faisxmail ke Zoo Johor

Melawat Zoo Johor Buat Kali Pertama

Selama saya menetap dan dibesarkan di Johor, ini adalah kali pertama saya melawat Zoo Johor. Memandangkan hari cuti, saya bersama isteri setuju untuk melawat ke Zoo Johor.

Sedikit sejarah yang saya baca tentang Zoo Johor :

Zoo Johor telah dibuka oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1928. Zoo Johor juga adalah salah satu zoo tertua di Malaysia dan juga di Asia.

Pada asalnya Zoo Johor diberi nama "taman haiwan", namun pada tahun 1962 pengurusan zoo telah diserahkan kepada kerajaan negeri Johor dan ditukar nama kepada Zoo Johor.



Zoo Johor mempunyai keluasan 12.5 hektar (31 ekar) terletak lebih kurang 1km dari pusat bandar Johor Bahru - sumber wikipedia.

Zoo yang bersaiz sederhana ini boleh dilawati dengan tiket yang saya rasakan agak murah iaitu RM 2.00 untuk dewasa, RM 1.00 untuk kanak-kanakdi bawah 12 tahun. Dan percuma untuk OKU.

Ia dibuka setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Dan sudah pastinya menjadi tumpuan ramai apabila musim cuti sekolah atau public holiday.

Tempat meletakkan kenderaan pula adalah terhad di bahu jalan sepanjang kawasan di hadapan zoo.

Antara haiwan yang terdapat di Zoo Johor adalah harimau, singa, buaya, cipanzi, unta, badak air, burung kasawari, burung unta, beberapa jenis ular, beberapa jenis burung, memerang, rusa, flamingo dan banyak lagi.

  Zoo Johor Unta
Unta menjadi tumpuan ramai pengunjung.
Unta menjadi tumpuan ramai pengunjung kerana terletak berhampiran dengan pintu masuk. Boleh disentuh, dibelai dan diberi makan sayur yang disediakan dan dijual oleh pihak zoo.

Badak air yang bersaiz agak besar.


Gorilla 

Harimau yang boleh tahan juga bersaiz besar.

Kasawari.

Seladang India.

Burung Unta.

Kumpulan kancil dan rusa.

Memberi makan (nampak macam kelaparan sangat ni ha...)
Makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan seperti unta dan sekumpulan rusa disediakan dan dijual oleh pihak zoo dengan harga RM2.00 atau RM3.00.

Banyak lagi haiwan-haiwan yang boleh dilihat sendiri depan mata contohnya seperti sekumpulan memerang yang dilepaskan begitu sahaja tanpa kandang atau sangkar. Ular pula boleh dilihat dan dipamerkan di dalam kaca untuk keselamatan pengunjung. 

Terdapat satu sangkar burung yang agak besar juga dibina dan dimuatkan dengan pelbagai jenis burung didalamnya seperti burung merak contohnya.

Terdapat juga beberapa ekor buaya dan singa. Perhatian kepada ibu bapa jika membawa anak-anak mereka, sila berikan tumpuan kepada anak-anak anda supaya sentiasa berada di dalam keadaan selamat.

Buaya sedang tidur (mulut masih ternganga..serammmm nihhh...)

Kelihatan juga singa jantan sedang tidur...(mengular je keje singa ni)

Saya amat berpuas hati ketika melawat Zoo Johor. Banyak juga haiwan-haiwan menarik dan eksotik dapat dilihat dengan mata saya sendiri lebih-lebih lagi dengan bayaran hanya RM 2.00 seorang.

Anda harus singgah melawat Zoo Johor jika melawat ke Johor Bahru kerana ia boleh dijadikan suatu pengalaman menarik yang boleh anda rasai sendiri di tengah-tengah kesibukan kota Johor Bahru.

Zoo Johor :

Adress                : Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000, Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi   : 8.00 pagi - 6.00 petang.
Tel                      : 07 - 223 0404





     Angan-Angan . Impian . Cita-Cita


You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut