Tekanan Di Tempat Kerja ( 5 Langkah Menanganinya )

Khamis, Disember 08, 2016

Tekanan Di Tempat Kerja
Tekanan adalah satu dari ujian dalam kehidupan.
Tekanan Di Tempat Kerja ( 5 Langkah Mengatasinya )

Arghhhhhhhhhhhh....... STRESSSSSS!!!!

Tekanan. Setiap dari anda mesti tidak akan terlepas dari menghadapi tekanan tidak kira tekanan dalam kehidupan ataupun di tempat kerja. Kita memang tidak dapat lari dari menghadapi apa jua
tekanan. Yang membezakan adalah bagaimana anda menghadapi dan cepat atau lambat untuk menyelesaikannya.

Tanpa anda sedari, kadang tekanan di tempat kerja boleh mempengaruhi kehidupan seharian anda. Tekanan juga boleh mempengaruhi kesihatan seseorang tidak kira fizikal ataupun mental.

Di sini saya berikan antara contoh tekanan yang mungkin anda hadapi di tempat kerja :
  • tekanan dari majikan yang sentiasa mahukan yang terbaik. 
  • tekanan atau gangguan dari rakan sekerja.
  • kerja yang semakin banyak atau tarikh (dateline) semakin hampir.
  • segala apa yang anda lakukan serba tidak kena (hati-hati mungkin ada yang tikam belakang)
  • suasana kerja menjadi kelam kabut.
Apabila terjadi tekanan di tempat kerja, sedikit sebanyak mendatangkan gangguan fizikal dan mental antaranya kemurungan, gelisah, gugup, rasa tidak puas hati dan tidak dapat fokus dalam melakukan sesuatu kerja.

Sebagai seorang pekerja, anda harus bersedia dengan bermacam-macam cara untuk menghadapi serta menangani tekanan di tempat kerja. Jika tidak, anda dalam bahaya. Mungkin anda akan membuat keputusan di luar dugaan seperti berfikir fikir untuk berhenti kerja.

 "kalau macam ni lah gayanya, lebih baik aku berhenti kerja"
Jangan. Anda tidak perlu mengambil keputusan seperti orang hilang pedoman. Bersabar dan cari cara untuk menangani serta menghadapi tekanan-tekanan tersebut.

Terdapat banyak cara untuk menghadapi serta menangani tekanan di tempat kerja tetapi saya hanya akan kongsikan 5 Langkah Menghadapi dan Menangani Tekanan Di Tempat Kerja.

5 Langkah Menghadapi dan Menangani Tekanan Di Tempat Kerja :


  1. Bersyukur - bersyukur kerana kita mempunyai kerja kerana di luar sana ramai lagi yang tidak mempunyai kerja tetap. Ini akan membuatkan anda dan mengawal minda anda daripada melakukan atau mengambil keputusan di luar dugaan.
  2. Solat - jika anda seorang muslim, anda boleh menunaikan solat. Sewaktu kita sujud darah akan mengalir ke otak dan dapat membekalkan oksigen yang cukup ke otak kita dan dapat menghilangkan sedikit tekanan. Dalam masa yang sama, berdoa selepas solat kepada Allah SWT .
  3. Berehat - jika anda menghadapi tekanan, ambil sedikit masa walaupun hanya 5 minit. Anda boleh gunakan waktu rehat tersebut untuk minum air, cuci muka (berwudhu) ataupun menyendiri untuk tenangkan fikiran. 
  4. Mendengar Muzik - luangkan sedikit masa untuk mendengar muzik lebih-lebih lagi muzik yang dapat menenangkan minda dan jiwa anda. (lain orang lain genre muzik so tiada spesifikasi jenis muzik perlu saya jelaskan)
  5. Ketawa - ketawa dapat menghilangkan tekanan atau masalah yang kita alami. Saya selalu melayari youtube untuk menonton koleksi-koleksi lawak. (takkan muka masam tengok lawak kan?)
Saya hanya berkongsi apa yang biasa saya lakukan. Mungkin anda ada cara lain yang lebih hebat boleh kita kongsi bersama.


ANGAN-ANGAN . IMPIAN . CITA-CITA

faisxmail


You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut