Hotel de Art | Hotel Bertemakan Art No 1 di Malaysia

Khamis, November 24, 2016


Hotel de Art | Hotel Bertemakan Art No 1 di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Awal November lepas, saya dan isteri mempunyai sedikit urusan yang harus diselesaikan di Bandar Sunway dan Bestari Jaya (sebelum ini dengan nama epiknya Batang Berjuntai). Lalu kami memilih
untuk bermalam di Shah Alam atas faktor-faktor mudah untuk bergerak ke dua-dua lokasi samada Bestari Jaya mahupun Bandar Sunway.

Sebelum berangkat dari Johor Bahru lagi saya sudah membuat tempahan untuk bermalam di Hotel De Art menggunakan laman booking.com dua minggu lebih awal. Ini untuk mengelakkan sebarang kemungkinan hotel-hotel di area Shah Alam fully book.

Tagline yang Hotel De Art gunakan "Malaysia's 1st Art Themed Boutique Hotel" membuat jiwa saya meracau dan bertindak mengambil keputusan untuk cuba merasai sendiri apa yang dihidangkan oleh Hotel De Art.

Ditambah lagi dengan janji yang ditaburkan oleh pihak Hotel De Art, "you haven't seen anything like it" menambah lagi keyakinan saya untuk memilih Hotel De Art untuk staycation kali ini.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam mengambil masa lebih kurang empat jam. Tidak begitu merumitkan untuk mencari tunjuk arah menuju Hotel De Art. Waze adalah pilihan utama saya. Dengan hanya taip "hotel de art seksyen 7 shah alam", waze terus membawa saya terus betul-betul di hadapan pintu hotel.

Pemandangan dari luar Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam

Melihat dari luar Hotel De Art, tidak banyak bezanya dengan hotel-hotel budget yang lain. Tidak ada yang menarik atau tidak ada WOW yang ditampilkan di bahagian luar Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam ini.

Saya yakin yang anda akan terus menjadikan hotel ini pilihan utama anda untuk persinggahan yang akan datang apabila anda masuk ke bahagian dalam Hotel De Art.

Bahagian Lobby Utama, Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam. (maaf kualiti gambar kurang memuaskan kerana perasaan terpegun tiba-tiba hadir apabila pintu lobby dibuka)

Lobby Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam.

Kemasan dalaman yang ditampilkan oleh pihak hotel agak menarik. Terlalu berbeza jika dibandingkan dengan kemasan luaran yang dipraktikkan. Orang putih selalu kata "don't judge a book by its cover".

Bilik yang kemas dan bersih.

Susunan yang kemas.

Leopard's Phantasy, Hotel De Art.

Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam menyediakan 58 buah bilik dengan tema yang berbeza bagi setiap bilik. Setiap bilik direka serba lengkap dengan tema yang diilhamkan dari bunga & alam semula jadi, cerita dongeng, alam fantasi, filem, bandar-bandar besar seperti Paris & New York, Mesir, Eropah, kartun seperti Hello Kitty & Mickey Mouse dan juga bintang-bintang seperti Lady Gaga, micheal Jackson dan juga Elvis Presley.

Anda tidak akan dapat bilik yang sama untuk persinggahan akan datang melainkan atas permintaan anda sendiri.

Apa yang menarik perhatian tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel adalah jika anda seorang muslim, sehelai sejadah yang disediakan bagi setiap bilik. Cuba anda buka salah satu laci di meja kecil yang diletakkan di kiri dan kanan.



Sejadah disediakan.

Untuk penginapan saya 3 hari 2 malam kali ini, sarapan pagi juga disediakan oleh pihak hotel untuk dua orang.

Voucher Sarapan Pagi di Hailam Kopitiam untuk 2 orang.

Menu Sarapan Pagi yang boleh anda pilih.

Segala urusan yang harus saya dan isteri selesaikan semasa berada di sana berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak salah saya memilih hotel ini untuk persinggahan kali ini. Ia dapat memberikan mood dan rehat yang berkualiti.

Hotel De Art mempunyai empat cawangan iaitu di Seksyen 7, Seksyen 19, iCity dan Cheras Permaisuri. Setiap cawangan mempunyai tema dan rekaan dengan konsep yang berbeza.

"You haven't seen anything like it."

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Hotel De Art Malaysia :

http://www.hoteldeart.com.my/


HOTEL DE ART SEKSYEN 7, SHAH ALAM

No 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tel : +603 5518 0975"
fax : +603 5511 1667





ANGAN-ANGAN . IMPIAN . CITA-CITA

faisxmail


You Might Also Like

0 comments

Baca Juga

Pengikut